
Salam Muhibbah....
Kepada semua pelanggan Akademi Ar Rasyidin (AR). Terlebih dahulu AR mengucapkan selamat Tahun Baru Hijrah kepada semua pelanggan yang budiman.
Sempena tahun baru ini AR akan melakukan tranformasi dari segi perkhidmatan agar lebih profesional dan efisen selaras dengan 'tag line' Membentuk Ummah Gemilang.
Selama ini AR mengalami kelembapan dari segi pengurusan kerana perubahan tampuk pimpinan secara drastik.
Bermula pada tahun 2011, AR berazam akan mengangkat martabat dakwah di muka bumi terutama sekali di negeri Pahang beruslub dengan program-program motivasi dan pembangunan jati diri.
Fokus AR adalah lebih kepada pembangunan modal insan kerana AR menyedari bahawa aset yang terpenting kepada negara adalah mempunyai rakyat yang beriman dan bertaqwa kepada Allah SWT.
Di samping program-program pembangunan modal insan, AR menawarkan khidmat pengajaran Al-Quran untuk dewasa dan kanak-kanak yang dijalankan pada hujung minggu. (Jumaat,Sabtu dan Ahad) bermula jam 8.00 malam - 9.00 malam.
AR juga komited dalam melahirkan pelajar-pelajarnya dapat membaca Al-Quran dengan fasih dalam masa 2 tahun.
Dalam keadaan serba kekurangan, AR berusaha untuk meningkatkan sistem pemasaran kepada orang awam agar menyedari bahawa matlamat AR adalah menyebarkan dakwah dalam pelbagai metod.
Oleh sebab itu, AR memerlukan pandangan-pandangan masyarakat agar sama-sama membantu dan mengembleng tenaga bersama-sama AR agar mampu menyuburkan dakwah di bumi Malaysia ini.
PROGRAM-PROGRAM DI AR
Tarikh : 10,11 dan 12hb 12/2010
Nama Program : Kem ibadah (tazkiyyatul an-nafs) Kolej komuniti Rompin
Peranan AR : Consultan
Tarikh : Setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad
Nama Program : Kelas Al-Quran Dewasa dan Kanak-kanak
Masa : 8.00 - 9.00 malam
Peranan AR : Badan Penganjur
Transformai AR
Bermula tahun 2011 sempena tahun Hijriah, AR akan melakukan beberapa transformasi perkhidmatan iaitu dengan menambah satu lagi kelas Iaitu kelas fardu ain yang akan di war-warkan di akhir bulan 12/2010 nanti.
Nantikan Iklannya di Blog AR ini.
'Membentuk Ummah Gemilang'
Admin AR
0 comments:
Post a Comment